Friday, November 4, 2011

layar kehidupan


layar dilabuh bernakhoda akal
berkudrat empat memerah keringat
tak akan sesat berkompas naluri
berpetakan mimpi berbekalkan inpirasi
berpaksikan ke hadrat ILAHI..

biarkan angin menderu mematah layar
berazam impian takkan karam
bergulung ombak menghempas badai
bergelombang lautan takkan mabuk dibelai
berlayar berkemudi akal
berdayung tangan membelah samudera..
asal sampai distinasi itu kehendak ku...

sesungguhnya kita tak mampu mengubah arah tuju angin
namun kita mampu mengubah arah layar kehidupan kita
walau pelbagai dugaan yg hadir kita harus teguh dan
mempunyai keazaman untuk terus berjaya, jangan sesekali
berpatah arah mahupun lupa dimana dataran dimana kita menapak

No comments:

Post a Comment