Sunday, December 11, 2011

DEMENSI BISU





disini bukan tempat ku
disini semua memandang
senyum sinis dilemparkan
dengar dinding bagai bersuara
dengar bayu gemersik berbisik
renungan tajam menikam
berkubu di balik dinding batu
memerhati antara 4 penjuru
kelihatan semuanya kaku bisu
dan aku hanya diam termanggu
lihat aku sekarang bukan aku impikan
kosong dan kelabu biru dan haru...

Thursday, December 1, 2011

katakanlah rindu mu


dan berbicaralah dengan jiwa mu
bukan dusta dari bicara bibir mu
luahkan apa yg tersemat dibenak fikiran mu
bukan dari dasar hatimu yang bergelora rasa
tak kesampaian jika bicara rindu di angin lalu
apa di biar rintih malam
ku tahu kau rindu..

biarkan titis airmata mu jujur berjujuran
jangan kau kuntumkan senyuman kepalsuan mu
usah lirikkan mata mu yang penuh rahsia
kerna tersingkap derita hati mu

pawana dan ilalang senada
dalam malam kau mengadu kasih
apa yg di raih di gemersik bayu berdalih
jangan bertingkah akhirnya mendakap resah
kau yang akan rebah dlm rindu yang takan kebah
jangan asik berserah.. katakanlah..
katakanlah rindu mu

monolog duka di pentas cerita



sungguh pelik tingkah mu
tidaklah jelik di mata ku
namun siapa yang tahu isi hati mu
rentak mu inang gemalai
mendayu irama menbuai buai
tapi langkah mu canggung
bertingkah gerak rentak pangung
meliuk tangan mu bertari
ilham tari selendang tujuh puteri

seketika itu kau pun berhenti
dan melodi bertari terasa sunyi
apa maksud peri hati mu
kemudian kau bersimpuh rapi
kau sisip selendang menutupi
seraut wajah mu bermutiara kaca
kau luahkan amarah dijiwa
tersekat esak tangis sendu
kini kau berlagu pilu..

di pentas itu semua menatap mu
monolog duka mu mengundang rasa
lantas kau bersahaja bersenandung
akhir senandung hati mu kasih
biarkan aku gembira merintih
wajah mu berselindung di balik kerudung
dan bicara mu membuat semua terpegun.

dan liarnya malam


Malam ini di balik rimbunan ranting yang keliru
dingin ditemani irama rintik hujan yang merdu
memainkan lagu rindu seorang aku
rindu pada tenangnya sebuah jiwa
malam dan aku masih di sini memerhati..

seketika sepi dan dingin menemani
lantas lewat malam semakin liar
malam masih muda ucap mereka
seketika dingin hangat kembali
dalam pelukan kelam dan kekasih
bergandingan tangan dan janji
dilema jiwa muda bergelora cinta
pilihan ditangan mereka..

aku dan malam masih disini memerhati
gerimis malam menangisi mereka
lena dibuai melodi malam
berhamburan kabus meliputi
jiwa jiwa hilang rupa
sembunyi di sebaliknya

sepetang di Dataran MBI Ipoh


Datang kelam menemani alam
lampu neon menghiasi jalan
rintih gerimis malam
di dataran ini sepi seketika
beransur mula dibanjiri manusia
hening malam mula dihiasi
tua, muda, kecil dan asing berlegar
ada yang datang mencari rezeki
berniaga berjual beli
ada yang datang menghibur hati
bersama keluarga, teman mahupun kekasih hati
ada yang datang untuk mengisi perut
pelbagai juadah di jual semua di kaut
dari lewat petang hingga ke pagi
berpusu-pusu bersilih ganti
pabila dicengkam dingin pagi
dataran ini kembali sepi
dan esok masih ada lagi..
disini ku mencari rezeki..


sepetang di sudut selera di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)
tempat ku mencari rezeki.. seketika di bakar panas kuali seketika
dingin dalam gerimis malam dicengkam kabus pagi...

lamunan malam apa yg ku cari


dalam gerimis mlm menanti siang..
bulan dan bintang hilang dipandangan..
pawana dan ilalang senada brsenda merintih malam..
dalam dakapan selimut sehangat pelukan mimpi
tak jua lena hati ku...
di corong radio rancak berdendang
impian kan menjelma itu bait akhirnya
menyimbah cahaya sinar kalimantan

aku masih termanggu disini
di hamparan tilam usang tak bercadar
bertali arus ligat di minda
semuanya kabur sekilas pandangan mata ku
bertunjang perasaan berserabut cabaran
semuanya semakin keliru tentang hidup ku
apa yang ku cari di sini apa yang ku nanti..
bersahutan ayam berkokok riak

gemersik alunan azan berkumandang
terbesit lamunan hilang di pandangan
perjalanan ku bermula lagi
lewat hari melangkah mencari..
Sekadar berbakti dengan detik waktu yg trsisa..
Sampai saatnya tiba usah di tanya
apa yang ku cari apa yang ku nanti....