Tuesday, April 26, 2011

dunia persingahan semntara




Dunia ini laksana bunga yang keindahannya akan sirna.
Ia juga laksana embun pagi yang cepat luput.
Dunia ini kebahagiaan bercampur kesedihan, kesihatan disertai kesakitan,
yang halal akan dipertangungjawabkan, yang haram akhirnya ke neraka.
Cahaya di dunia ini diikuti kegelapan, kenikmatan nafsu lazimnya disertai dosa.
Dunia ini tempat bertemu yang hujungnya perpisahan.
Keindahannya tidak lebih sekadar penampilan, kenikmatan hidup di dalamnya berbaur dengan keruhnya kemaksiatan, kemakmuran di dalamnya berakhir dengan kemiskinan. Kekuasaan di dunia cepat runtuh atas racun nafsu yang mematikan, akhirnya pesona dunia ini tidak lebih dari fatamorgana.

Dan Akhirat itulah yang kekal abadi... Dari ALLAH kita datang dan hanya kepada-NYA kita akan kembali... Oleh itu, bersiaplah... Bersiaplah dari sekarang... “Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan senda gurau dan mainan belaka. Dan sesungguhnya akhirat itulah sebenarnya kehidupan, jika mereka mengetahui.” (Surah al-Ankabut : ayat 64) "Demi Allah, sesungguhnya dunia ini di banding akhirat ibarat orang yang memasukkan jari tangannya ke laut, air yang tersisa di jarinya ketika di angkat itulah nilai dunia" (Hadis Riwayat Muslim)

kawan...



kawan,teman, sahabat rakan.... adalah seseorang yg rapat degan diri kite selain ahli keluarga dan sanak saudara.. kita perlu menghargai kawan.. semangat setia kawan perlu diterapkan dlm diri kita supaya hubungan silaratulrahim diantara kita sentiasa terjalin...
mungkin anda menpunyai pelbagai angapan tersendiri tentang rakan anda...ada yg angap seperti adik beradik dan sebagainye.. yg penting hubungan ini perlu keiklhasan ..jgn sampai makan kawan, tikam dari belakang ianya pedih tapi terbakar seperti api dlam sekam... jadi siapa kawan anda...




kata mak, KAWAN tu ibarat lebah,habis madu sepah dibuang.......
kata abah, KAWAN tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit.....
kata atuk, KAWAN tu seperti air terus mengalir.....
kata nenek, KAWAN tu bak bulan dipuja dan disanjung tp nun jauh di sana....
kate sedare, kawan tu mcm makanan, kawan makan kawan!!
kata abang, KAWAN tu seperti lembu mengikut saje ape dikata........
kata kakak, KAWAN tu tak ubah macam durian bau je busuk tp sedap dimakan....
kata adik, KAWAN tu macam biskut sekejap ade sekejap takde.......
kata aku, kawan tu tak kisahlah camner..
walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!! dia tetap kawan... tau tak sebab ape??? sekali aku dah kawan ngan dia selamanye dia ttp kawan aku... itu cara aku berkawan..!!

Forever is a very long time. How is it that people can talk so casually about a concept that we cannot even wrap our minds around? Sometimes we have a friend and we sense that our souls are very closely connected. We know that the connection is above time and space. We know that wherever we are in our lives we will always remain friends. Even if we do not see each other for years we are able to pick up right where we left off. This is what people mean when they say friends forever.

Tuesday, April 19, 2011

aku di realiti

tika ini roda masa berpusing tampa henti...
kata orang masa itu emas jgn sampai ketinggalan..
namun kita sering lupa pada masa..
dan sampai hari ini berginilh aku ...
jauh ketinggalan.. bahkan mentaliti aku juga...
cara hidup dah berubah aku tetap aku..
kite kena berani meniti arus.. kerna takut hanyut..
aku boleh dikataan menongkah arus la hehheheh..
ketingalan dlm segala hal... ape nak jadi entahlh..
banyak masa aku terbuang kerana terpengaruh dgn anasir mimpi..
aku gagal mencapai ape yg patut aku capai.. dan miliki..
dan skrng aku disini ..
terkapai2..mencari pulau destinasi hidupku..
sentiasa sesat berkompas aliran kemalasan...
kelemasan di air cetek kerna ilmuku..
dan knpe aku sentiasa bergini...
perangkap menunggu mangsa itu aku sering kecundang..
apakah bisa ku cari, gapai serta miliki yg di impi..
dan mungkin bila nanti aku bisa hadapi realiti duniawi,,
aku malu terperangkap dalm demensi ilusi sendiri..
dan bisakah ku menzahirkn jiwa nurani..
perasaan yg terkubur bersapa peradapanku..
ku pohan sambutlh tgn ini untuk terakhir kali..
dan ampunkan dosa ku ilahi...

Saturday, April 16, 2011

memior impi yg hampa..


ketika bibirmu rapat seribu bahasa dan hening mengunci setiap suara.
Sunyi hanya memberi kesempatan pada kata untuk membebaskan diri..
dan ku menemukan isyarat pada relief tatapanmu..
dan di sudut matamu yang kuntum, aku melihat betapa indahnya engkau tersenyum.
Ketika kau belari...dgn senyuman indahnya dan tertawa..
indahmu itu yg mempesonakan aku yg tetap berdiri disini..
walau terlelap sendiri ,mencoba tersadar dari mimpi..
terperangkap bersama ilusi.. impi yg telah bersemadi. bersama memori dihati..
dan hingga saatnya nanti.. di antara kita hijap menjadi pemisahnya..
dan mungkin sampai saatnye.. bersua kita dalam kehibaan ..
disana menjadi memori tersemat di calitan perjalanan kembara..
bersama kebenaraan ini aku menanti tersingkap tabir yg memasung kerinduaan..
kan ku bunuh kegusaran ini demi menyatakan impiku..
ku tak bisa mnggoreskn kata selembut ucapan ,tidak juga mataku,
dan tidak juga mulutku..
Ketika semuanya hampa hanya ada kata tampa ada irama..
tampa ada nada yang ada hanya sesal.. Sedih yang tak terperi..
hanya tertunduk hampa.. terdiam tnpa kata.. dan hanya diam, diam n diam..
dan sejahtera doaku buat mu...

Thursday, April 14, 2011

bergembira lah.. dan ikuti tips ini


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sekalian para pembaca blog Kali ini berkongsi tips bagaimana / macam mana nak gembira selalu. Lebih tepat lagi bagaimana nak hidup sentiasa ceria.

SENYUM SEIKHLAS HATI
Senyuman... Mampu menjadi penawar di kala anda sedang mengalami kesedihan. Seburuk-buruk manusia adalah mereka yang tidak pernah tersenyum dan tidak pernah membalas senyuman orang lain. Kalau boleh, 24 jam mahu dihabiskan dengan muka kerut sejutanya. Supaya dilihat orang bahawa dia adalah SEOrang yang serius. Perrggghhh.... Jika anda sendiri tidak tahu untuk tersenyum, bagaimana orang mahu senyum kepada anda? Betul tak??

GELAK KETAWA
Menjadi satu kelaziman untuk kita bergelak ketawa. Bohong jika ada yang berkata bahawa mereka tidak pernah bergelak ketawa. Sedari kecil lagi ketika di agah oleh ahli keluarga atau saudara mara, SEOrang bayi pasti akan tahu untuk ketawa. Bohong jika ada yang berkata tidak. Huhuhu... Adapun gelak ketawa itu janganlah berlebih-lebihan sehingga mengganggu orang lain dan menyebabkan ketidakselesaan kepada orang lain pula ya..



GURAU SENDA
Bergurau bersama sesiapa sahaja bisa mennceriakan hidup anda. Seperti kebanyakan orang yang menyukai lawak jenaka, begitu jugalah dengan gurau senda. Bukan sahaja anda menjadi gembira dengan senyuman dan gelak ketawa, malah anda juga bis melupakan masalah-masalah yang anda hadapi buat sementara. Tetapi gurauan tersebut hendaklah ada batasnya seupaya tidak ada yang akan tersinggung dan sakit hati....

BERLAPANG DADA / REDHA
Berlapang dada lah jika anda kehilangan sesuatu yang berharga kepada diri anda. Kerana dengan berlapang dada, anda bukan sahaja menyelamatkan fikiran anda daripada terlalu memikirkan impak dan kesan-kesan buruk yang bakal anda hadapi, malah hati anda juga akan turut tenang tanpa perlu memikirkan akan perkara-perkara yang telah terjadi. Takdir tidak mampu untuk di ubah. Masa tetap akan kekal berjalan dan tidak akan pernah menoleh ke arah kita. Percayalah.


DEKATKAN DIRI DENGAN PENCIPTA
Inilah yang selalu kita lupa dan alpa. Hanya dengan mendekatkan diri kepada Pencipta sahaja kita mampu untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan dengan penuh tabah dan sabar dengan memperrcayai akan setiap kejadian tersebuh pasti ada hikmahnya. Jika kita jauh daripadanya, maka, tiadalah akan tenang rasa di jiwa kita ini.


Sekian sahajalah tips yang mahu pendekar kongsikan kali ini. Tidak sedikit yang bilang pendekar ini orang yang cool sahaja bila ada masalah. Hatta ketika kehilangan telefon bimbit, motor dan laptop, pendekar masih lagi cuba untuk bersifat cool. Bukan hipokrit, tetapi itulah cara pendekar untuk kekal berfikiran positif atas apa sahaja kejadian yang menimpa.

Begitu jugalah pendekar harapkan daripada anda. Sentiasa berfikiran positif dan bersangka baik walau kepada sesiapa juga. Kelak insyaALLAH, perlindunganNya pasti akan sentiasa bersama anda. Amin..

Sehingga itu, terima kasih kerana membaca...(^_^)

Salam perjuangan dan salam hati dari kembara

Friday, April 1, 2011

aku adalah aku...


aku adalah perindu mimpi
di balik hayalan seorang yg bermimpi..
mimpi akan kekasihnye...
kerna kemanusian maknusiawi ku kelelahan ..
di balik cermin mimipi..
di takbir kelam ku rasa kebahagian yg kucari..
biar berteman keheningan sepi yg mengcengkam ..
berkompaskan bintang yg kesamaran di langit tuhan..
aku bersyukur aku adalah aku...
meski dalam khayal namun nyata..
mengitari cakrawala kehidupan yang sepi..
di hantaran debu yang mengilingi raga..
memberi pesona dalam hati..
pagi maupun malam hadir memberi warna..
mentari maupun rembulan setia menemani..
aku tak’kan kosong meski ku jauh dari peradapan..
kini khayalku menjadi bagian dalam hidupku..
aku bersyukur aku adalah aku...