Sunday, September 25, 2011

bisikan


Aku kecundang lagi pada bisikannya..
Dgr itu bisikannya.. Halus mengoda...
Jahanan kau durjana.. Jgn gangu aku..
Pergilh..
kau sungguh durjana kau pemberi kepalsuan dunia..
kau cipta surga indah sementra ..
namun ianya neraka dunia
aku lemah hilang segala janji
musnahkan lh aku ....
Tak mau aku lemah dalam dakapan mu wahai bisikan ...
Kau lh laknat tuhan ..

Bisikannya lembut berbisa sekali trkena..
hahah musnahlh kau manusia ahahh..
Lihat die dimana mana ..
Tapi 1 didalam jiwa kita..
nafsu namanya berwaspadalh jiwa
jangan kau tergoda..

Saturday, September 24, 2011

semusim cinta dilembah sepi


di sini lembah sepi.. ya disini sentiasa dingin
disini tinggi dan hujan sering merintih di tanah ini
kadangkala tertumpah sirnar cahaya cinta ILAHI
disini sepi dan kabus rindu menyelubungi hari

dan bila tiba musimnya ia kembali
kembali dengan kehangatan insan bercinta
bahang cinta kurnian ILAHI
disini mereka bergandingan berpelukan menyusuri impian
disinilah janji dicipta antara kau dan dia
dan tiba saatnya ia kembali sepi..

disini yg tinggal kabus rindu pada insani
disini tertinggal memori segar diingatan
kedingingan kembali mencengkam
mengharap semusim cinta kan kembali
bersama seyuman dan hilai tawa
tinggalah lembah ini dengan kesunyian...

Saturday, September 17, 2011

kabus rindu




terik membakar cerita kita,
namun tak kusangka gerimis mengundang duka,
dan sampai saatnya hujan berlalu,
ku mengharap pelangi mengukir seyuman,
namun akhirnya pandangan ku kabur,
disini kabus rinduku luas meliputi lembah ini,
dalam kedinginan ku menanti sinar menerangi,
semoga hatimu tidaklah sedingin salju,
adakah kau jua sepertiku dicengkam kabus rindu

Thursday, September 15, 2011

fikirkan.. merdekahkah kita...??


Terima kasih atas penderitaan mereka kita terus aman mewarisi kemerdekaan... Adakah wajar sekadar dirai dengan konsert dan perarakan. Fikirkanlah segala nikmat yang dikecapi hilang sekali lagi. Mereka yang tidak mengenal sejarah bangsa pasti akan mengulangi sejarah, petikan kata kata DR Mahatdir.

Merdeka itu laungan mereka sambil terkinja-kinja inilah ragam muda mudi kita.. bila di tanya tentang merdeka.. Katanya kami anak pasca merdeka kami sambut sebab setiap tahun setiap kali sambutan merdeka kami seronok boleh kumpul ramai ramai ada konsert.. Pergh.. boleh party bro... apa ertinya merdeka pada diri kita adakah sekadar perayaan sambutan tahunan sahaja....

Merdekakah kita? bila di rungkai semula.. kita masih lagi dijajah walaupun bukan secara radikal tetapi anasir mahupun anarki luar sedang merebak meresap dalam kehidupan seharian kita, dari setiap unsur politik, idealogi, pemikiran, cara hidup, hiburan dan sebagainya semuanya dipengaruhi budaya luar walaupun ada yg positif tetapi ada jugak negetifnya. natijahnya, siapa kita hari ini sehingga hilang nilai norma ciri kehidupan nilai ketimuran kita.. biar mati anak jangan mati adat, itu pepatah lama supaya kita lebih menghargai adat yang telah lama wujud menjadi peraturan atau panduan hidup kita seharian tetapi kini semuanya hilang. Takan melayu hilang didunia betul kata Laksamana Hang Tuah tapi mungkin nanti hanya tinggal sekadar nama sedangkan sekarang bahasa melayu juga semakin dipinggir oleh masyarakat melayu sendiri.. bahasa melayu pernah menjadi lingua franca diguna seluruh dunia satu seketika dahulu dan sekarang..??

Merdeka bukan sekadar laungan atau sambutan tahunan. merdeka bebas dari penjajahan itu kefahaman kita. merdeka sebenarnya luas dari pelbagai segi aspek kehidupan. mari kita merdekakan pemikiran serta tindakan kita dari belenggu pengaruh luar, ia bermula dari hati kita sendiri. seharusnya jangan sesekali kita beranggapan merdeka kita bebas melakukan segala galanya, harus kita beringat hidup tampa panduan atau garis panduan kita akan jauh tersasar dari norma kehidupan.

pohon bangsaku 1Malaysia



Pohon Bangsaku 1 Malaysia



Kita 1Malaysia
Redup berteduh pada rendang kedamaian
Kita berakar tunjangkan satu kefahaman
Walau kita bercabang pelbagai ranting aliran
Kita tetap sama walau berbeza
Kita adalah satu bersama seia sekata


Kita adalah satu pohan bangsa
Teguh berdiri walau setengah abad lamanya
Kita saling berkerjasama mencambah tunas bangsa
Agar kita menjulang pucuk kejayaan bersama


Demi nusa dan bangsa bersamalah kita
Terus mengembur menyuburkan pohon ini
Agar terus menhijau harmoni
Agar pucuk terus menjulang angkasa


Bersatulah kita wahai 1 Malaysia
Menguntumkan indahnya bunga bangsa
Agar dapat berbuah menikmati sejahtera
Bersamalah kita 1 Malaysia

1 MALAYSIA
MENJANA TRANSFORMASI BERJAYA
RAKYAT DIDAHULUKAN
PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Tuesday, September 13, 2011

pinggiran kenangan..


Derapan ombak menderu dipantai
desiran bayu membuai keaksikan
tika itu sungguh indah
mentari kemerahan diufuk senja
mesra kita bergandingan
meniti di persisiran pantai ini

tiupan bayu bersama seribu kenangan
apa yang masih tingal disini
derapan ombak keresahan
semilir agin esak tangisan

kau hadir dalam memori ku
ianya indah mimpi semalam
kau berlabuh jauh dipulau impian
aku ditinggal terkapai tampa jawapan
degarlh alunan sepi pangilan ku
namun terbisik ucapn
selamat tinggal kekasih impian

kembali menyusuri pinggiran sepi
akan ku hapus kenangan ini
biarlah burung berkicau kerinduan
namun nama mu kan tersemat di disini
pada batu tanda cinta dahulu

Sunday, September 11, 2011

sebalik topeng mu


Lihatlh topengnya itu...
Tidakah jelek seperti hatinya..
Walau brselindung sebalik sutera..
Jelas peri laku mu...
Sudah trcalit kusam seri warnanya..

tak mampu mengubah seri wajahmu..
terpancar tersirat dikalbu mu..
tahukh apa peri hati mu..
bersembunyilh ..
peri keldai mendegus seribu bahasa..
membingit merosak suasana..
tahukah engkau...
tak mampu menutup mulut mu..

Biarkan...
topeng itu menghiasi wajahnya..
Ia tak akan lama ...
Biarkan egois hatinya ia tak akan lama...
Sekeras kerikel pasti lebur jua akhirnya.
lebur dibakar lava bahang neraka hehehh

coretan bicara mu..




semilir angin menghiris kalbu
sendu pilu suaramu meruntun jiwaku
Serangkap kata pemanis bicara
bertunjang rindu kau mengadu
dan rintik air mata mengiringi..
takziah cetera mu pun bermula.

Di hujung kemarau Kau mengubah haluan namun ku tau nurani mu...
Sabarlah pelangi pasti akan mengukir suyuman didada hari,
tika itu titiskanlh rintik kesyukuran dihati mu.


Helaian kelopak mawar kusam serinya
berserta cebisan coretan hatimu..
merah tintamu, syahdu irama mu....
bait demi bait prosa mu ku hayati
namun ternoktah bicara mu..
tampa kesudahan .. bicaramu...
Tawa dlm duka, sepi menduga rasa,
zahir berbicara lara jiwa terseksa,
hanya bermimpi difantasi namun hakikat teruji....
Dan sampai saatnya ia pergi...
Jgn diratapi perginya, jgn dikesali
bersemadi impi dan kebenaran ..
Tak akan terduga takdir tuhan. semoga ....

Maafkan kejahilan jiwaku menafikan tersurat kemahuan jiwamu..