Thursday, April 14, 2011

bergembira lah.. dan ikuti tips ini


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sekalian para pembaca blog Kali ini berkongsi tips bagaimana / macam mana nak gembira selalu. Lebih tepat lagi bagaimana nak hidup sentiasa ceria.

SENYUM SEIKHLAS HATI
Senyuman... Mampu menjadi penawar di kala anda sedang mengalami kesedihan. Seburuk-buruk manusia adalah mereka yang tidak pernah tersenyum dan tidak pernah membalas senyuman orang lain. Kalau boleh, 24 jam mahu dihabiskan dengan muka kerut sejutanya. Supaya dilihat orang bahawa dia adalah SEOrang yang serius. Perrggghhh.... Jika anda sendiri tidak tahu untuk tersenyum, bagaimana orang mahu senyum kepada anda? Betul tak??

GELAK KETAWA
Menjadi satu kelaziman untuk kita bergelak ketawa. Bohong jika ada yang berkata bahawa mereka tidak pernah bergelak ketawa. Sedari kecil lagi ketika di agah oleh ahli keluarga atau saudara mara, SEOrang bayi pasti akan tahu untuk ketawa. Bohong jika ada yang berkata tidak. Huhuhu... Adapun gelak ketawa itu janganlah berlebih-lebihan sehingga mengganggu orang lain dan menyebabkan ketidakselesaan kepada orang lain pula ya..



GURAU SENDA
Bergurau bersama sesiapa sahaja bisa mennceriakan hidup anda. Seperti kebanyakan orang yang menyukai lawak jenaka, begitu jugalah dengan gurau senda. Bukan sahaja anda menjadi gembira dengan senyuman dan gelak ketawa, malah anda juga bis melupakan masalah-masalah yang anda hadapi buat sementara. Tetapi gurauan tersebut hendaklah ada batasnya seupaya tidak ada yang akan tersinggung dan sakit hati....

BERLAPANG DADA / REDHA
Berlapang dada lah jika anda kehilangan sesuatu yang berharga kepada diri anda. Kerana dengan berlapang dada, anda bukan sahaja menyelamatkan fikiran anda daripada terlalu memikirkan impak dan kesan-kesan buruk yang bakal anda hadapi, malah hati anda juga akan turut tenang tanpa perlu memikirkan akan perkara-perkara yang telah terjadi. Takdir tidak mampu untuk di ubah. Masa tetap akan kekal berjalan dan tidak akan pernah menoleh ke arah kita. Percayalah.


DEKATKAN DIRI DENGAN PENCIPTA
Inilah yang selalu kita lupa dan alpa. Hanya dengan mendekatkan diri kepada Pencipta sahaja kita mampu untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan dengan penuh tabah dan sabar dengan memperrcayai akan setiap kejadian tersebuh pasti ada hikmahnya. Jika kita jauh daripadanya, maka, tiadalah akan tenang rasa di jiwa kita ini.


Sekian sahajalah tips yang mahu pendekar kongsikan kali ini. Tidak sedikit yang bilang pendekar ini orang yang cool sahaja bila ada masalah. Hatta ketika kehilangan telefon bimbit, motor dan laptop, pendekar masih lagi cuba untuk bersifat cool. Bukan hipokrit, tetapi itulah cara pendekar untuk kekal berfikiran positif atas apa sahaja kejadian yang menimpa.

Begitu jugalah pendekar harapkan daripada anda. Sentiasa berfikiran positif dan bersangka baik walau kepada sesiapa juga. Kelak insyaALLAH, perlindunganNya pasti akan sentiasa bersama anda. Amin..

Sehingga itu, terima kasih kerana membaca...(^_^)

Salam perjuangan dan salam hati dari kembara

No comments:

Post a Comment