Thursday, September 15, 2011

fikirkan.. merdekahkah kita...??


Terima kasih atas penderitaan mereka kita terus aman mewarisi kemerdekaan... Adakah wajar sekadar dirai dengan konsert dan perarakan. Fikirkanlah segala nikmat yang dikecapi hilang sekali lagi. Mereka yang tidak mengenal sejarah bangsa pasti akan mengulangi sejarah, petikan kata kata DR Mahatdir.

Merdeka itu laungan mereka sambil terkinja-kinja inilah ragam muda mudi kita.. bila di tanya tentang merdeka.. Katanya kami anak pasca merdeka kami sambut sebab setiap tahun setiap kali sambutan merdeka kami seronok boleh kumpul ramai ramai ada konsert.. Pergh.. boleh party bro... apa ertinya merdeka pada diri kita adakah sekadar perayaan sambutan tahunan sahaja....

Merdekakah kita? bila di rungkai semula.. kita masih lagi dijajah walaupun bukan secara radikal tetapi anasir mahupun anarki luar sedang merebak meresap dalam kehidupan seharian kita, dari setiap unsur politik, idealogi, pemikiran, cara hidup, hiburan dan sebagainya semuanya dipengaruhi budaya luar walaupun ada yg positif tetapi ada jugak negetifnya. natijahnya, siapa kita hari ini sehingga hilang nilai norma ciri kehidupan nilai ketimuran kita.. biar mati anak jangan mati adat, itu pepatah lama supaya kita lebih menghargai adat yang telah lama wujud menjadi peraturan atau panduan hidup kita seharian tetapi kini semuanya hilang. Takan melayu hilang didunia betul kata Laksamana Hang Tuah tapi mungkin nanti hanya tinggal sekadar nama sedangkan sekarang bahasa melayu juga semakin dipinggir oleh masyarakat melayu sendiri.. bahasa melayu pernah menjadi lingua franca diguna seluruh dunia satu seketika dahulu dan sekarang..??

Merdeka bukan sekadar laungan atau sambutan tahunan. merdeka bebas dari penjajahan itu kefahaman kita. merdeka sebenarnya luas dari pelbagai segi aspek kehidupan. mari kita merdekakan pemikiran serta tindakan kita dari belenggu pengaruh luar, ia bermula dari hati kita sendiri. seharusnya jangan sesekali kita beranggapan merdeka kita bebas melakukan segala galanya, harus kita beringat hidup tampa panduan atau garis panduan kita akan jauh tersasar dari norma kehidupan.

No comments:

Post a Comment