Thursday, December 1, 2011

sepetang di Dataran MBI Ipoh


Datang kelam menemani alam
lampu neon menghiasi jalan
rintih gerimis malam
di dataran ini sepi seketika
beransur mula dibanjiri manusia
hening malam mula dihiasi
tua, muda, kecil dan asing berlegar
ada yang datang mencari rezeki
berniaga berjual beli
ada yang datang menghibur hati
bersama keluarga, teman mahupun kekasih hati
ada yang datang untuk mengisi perut
pelbagai juadah di jual semua di kaut
dari lewat petang hingga ke pagi
berpusu-pusu bersilih ganti
pabila dicengkam dingin pagi
dataran ini kembali sepi
dan esok masih ada lagi..
disini ku mencari rezeki..


sepetang di sudut selera di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)
tempat ku mencari rezeki.. seketika di bakar panas kuali seketika
dingin dalam gerimis malam dicengkam kabus pagi...

No comments:

Post a Comment